MATLAMAT

TUJUAN PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH

1. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif, serta berinovatif menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

2. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

3. Menangani masalah salah laku dalam kalangan pelajar remaja.

4. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman. kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara Malaysia.

6. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup murni bermasyarakat dan kenegaraan.

7. Membina dan mengembangkan kefahaman kesedaran dan kepekaan tentang isu-isusemasa dalam kalangan pelajar serta berkeupayaan bertindak dengan sewajarnya.